Saturday, October 30, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN HRMIS POLIMAS (TUNDA)

Salam Sejahtera,

Dukacita adalah dimaklumkan bahawa HARI BERTEMU
PELANGGAN HRMIS POLIMAS TAHUN 2010
terpaksa DITUNDA ke tarikh yang lain atas masalah
teknikal. (Serverdown HRMIS di pihak JPA).

Oleh yang demikian, tuan/puan adalah di jemput hadir
pada sesi yang lain seperti berikut :

Tarikh    : 14 NOVEMBER 2010 (AHAD)
Tempat  : MAKMAL KOMPUTER ULPL, POLIMAS
Masa     : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
               (12.30 TENGAHARI - 2.30 PETANG REHAT)

Kehadiran Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, October 27, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN HRMIS POLIMAS

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan
HARI BERTEMU PELANGGAN HRMIS POLIMAS
TAHUN 2010 yang akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh    : 31 OKTOBER 2010 (AHAD)
Tempat  : MAKMAL KOMPUTER ULPL, POLIMAS
Masa     : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
               (12.30 TENGAHARI - 2.30 PETANG REHAT)

UNIT HRMIS BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
AKAN TURUT SERTA DALAM PROGRAM INI.

Kehadiran Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, October 26, 2010

Langkah-langkah Memohon Cuti Rehat

1.    CO MEMOHON CUTI (CUTI REHAT)
      
       → Klik menu Modul Pengurusan Saraan Faedah & Ganjaran
            dari skrin utama
       → Klik menu Pengurusan Cuti
       → Klik menu Permohonan Cuti
       → Klik menu Pemohon Cuti
       → Skrin Pemohon Cuti dipaparkan
       → Pilih Kategori Cuti
             Cuti Kerana Perkhidmatan
       → Pilih Jenis Cuti
             Cuti Rehat
       → Pilih Tahun Kelayakan Semasa
             2010
       → Klik butang Teruskan
       → Skrin Permohonan Cuti Rehat dan Senarai Nama Penyokong  Dan
            Pelulus Pegawai Pemohon Cuti dipaparkan
       → Klik logo Mini Kalendar untuk memilih Tarikh Mula Cuti
       → Jika Cuti melebihi sehari, Klik logo Mini Kalendar untuk memilih
            Tarikh Akhir Cuti
       Jumlah Hari Bercuti dan Tarikh Kembali Bertugas akan
            dipaparkan secara Automatik
       → Pilih Jenis Permohonan
             Dalam Negeri
             Luar Negeri (CO dikehendaki mengisi Pemohonan Keluar
                  Negeri selepas cuti diluluskan selaraskan dengan pekeliling-
                  pekeliling yang berkuatkuasa)
      → Lengkapkan Alamat Semasa Bercuti, No. Telefon dan
           Sebab Bercuti
      → Jika ada Dokumen Sokongan
             → Klik butang Tambah
             → Skrin Muat Naik Fail dipaparkan
             → Isikan No. Rujukan Dokumen dan Keterangan/Catatan
             → Klik butang Browse
             → Pilih fail yang hendak diupload
             → Klik butang Open
             → Klik butang Muat Naik
             → Klik  O  di dokumen yang berkenaan dan klik Hapus (Jika perlu)
       Semak Penyokong Cuti dan Pelulus Cuti
             → Jika tiada atau tidak betul, klik Penyokong Cuti / Pelulus Cuti
             → Skrin Pilih Jawatan Sebenar dipaparkan
             Pilih CO yang mempunyai peranan sebagai 
                  Penyokong Cuti/Pelulus Cuti
             → Klik  O  pada nama CO yang berkenaan
        Klik butang Hantar dan Klik butang  Yes
        Mesej Berjaya di hantar akan dipaparkan dan Klik OK
        Mesej Aliran Kerja akan dipaparkan dan klik Keluar
            (Mesej ini dipaparkan di Peti Masuk)

Tuesday, October 12, 2010

MEMO ANTARA BAHAGIAN / JABATAN

Daripada :
Pegawai Eksekutif Tertinggi POLIMAS
Kepada :
1. Semua Ketua Jabatan / Ketua Unit POLIMAS
2. Semua Pensyarah / Staf Sokongan POLIMAS
Tarikh :
25 Syawal 1431H /  4 Oktober 2010
Rujukan :
POLIMAS/PENT/R/30/023
Salinan
1. Pengarah POLIMAS
2. Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS
3. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik POLIMAS
Perkara :
PELAKSANAAN PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) DI POLIMAS


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2005 yang bertajuk ”Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia”.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) akan melaksanakan penggunaan aplikasi-aplikasi HRMIS. Antara aplikasi-aplikasi yang terlibat adalah seperti berikut :-

2.1       Modul Pengurusan Rekod Peribadi – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007
2.2       Modul Pengurusan Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, Submodul Pengurusan Cuti – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2010
2.3       Modul Pengurusan Rekod Peribadi, Submodul Perisytiharan Harta – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2008
2.4       Modul Penamatan Perkhidmatan, Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55/56/58 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2010

3.         Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) ini boleh dicapai di laman berikut, https://hrmis.eghrmis.gov.my. Laman ini boleh dicapai dengan talian yang mempunyai sambungan dengan egnet sahaja.

4.         ID Pengguna adalah Nombor Kad Pengenalan pengguna. Bagi pengguna yang pertama kali memasuki sistem ini hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan di bahagian kata laluan. Selepas itu, tukar kata laluan kepada kata laluan sendiri. Bagi pengguna yang ID belum wujud atau sudah mempunyai kata laluan tetapi lupa atau kata laluan disekat hendaklah menghubungi pentadbir HRMIS. Permintaan untuk set semula kata laluan atau pembukaan sekatan hanya terhad kepada 3 kali sahaja. Setiap permohonan akan direkod.

5.         Oleh yang demikian, semua pensyarah dan staf sokongan diwajibkan :-

5.1      Mengemaskini Profil Peribadi jika terdapat sebarang perubahan maklumat termasuk memuatnaik gambar.
5.2       Mengambil Cuti Rehat menggunakan HRMIS, manakala bagi urusan Cuti Sakit, Cuti Ganti dan Cuti Tanpa Rekod adalah tidak berubah.
5.3       Mengisytiharkan Harta menggunakan HRMIS.
5.4      Melengkap urusan-urusan yang berkaitan untuk tujuan pelaksanaan Persaraan Wajib dan Pilihan dengan menggunakan HRMIS
5.5      Menyemak Maklumat Profil Perkhidmatan masing-masing agar sentiasa betul. Jika tidak betul atau rekod belum wujud sila hubungi pentadbir HRMIS atau PT Jabatan masing-masing.

6.         Sebarang panduan dan rujukan berkaitan urusan di para 5.1 hingga 5.5 boleh didapati di Unit Pentadbiran POLIMAS atau berjumpa dengan PT Jabatan masing-masing. Sebarang masalah sila hubungi pegawai-pegawai berikut :-

            6.1       En. Zamri bin Ramli (04-9146324) (Pentadbir HRMIS)
            6.2       En. Muhammad Hanif Fadhli b Mohd Rozi (04-9146106)
(Pentadbir HRMIS)
            6.3       En. Azizy bin Abdullah (04-9146113) (Pentadbir HRMIS)
            6.4       En. Fazil bin Baharom (04-9146165)
                        (Pentadbir Cuti HRMIS)
            6.5       En. Fairuz Zaki bin Ilias (04-9146129) (Teknikal)

7.         Sehubungan dengan itu, pelaksanaan pengguna aplikasi-aplikasi HRMIS yang berkaitan adalah berkuatkuasa mulai 1 November 2010 dan sebarang perubahan berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,


Unit HRMIS
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Tel : 04-9146106/6113/6129/6324

KATA-KATA ALUAN DARIPADA PENTADBIR HRMIS POLIMAS

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat pihak kami merealisasikan hasrat menubuhkan sebuah blog untuk perkongsian informasi bersama mengenai Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (Human Resources Management Information System - HRMIS). Berikut penyiaran Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2005 yang menerangkan tentang Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia di semua agensi sektor awam. Untuk keterangan lanjut mengenai sejarah penubuhan, langkah-langkah, fasa-fasa dan lain-lain lagi berkaitan HRMIS, tuan/puan boleh merujuk kepada pekeliling yang dinyatakan.

Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) pelaksanaan HRMIS bermula secara aktif pada tahun 2009 melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel mengenai pentadbiran sistem yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Unit HRMIS. Mulai 1 November 2010, POLIMAS akan melaksanakan penggunaan Aplikasi HRMIS kepada semua pensyarah dan staf sokongan. Antara modul-modul perintis yang akan dilaksanakan penggunaannya adalah :-
i)   Modul Pengurusan Rekod Peribadi - Surat Pekeliling Perkhidmatan
     Bil. 10 Tahun 2007
ii)  Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, Submodul Pengurusan
     Cuti - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2010
iii) Modul Pengurusan Rekod Peribadi, Submodul Perisytiharan Harta
     - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2008
iv) Modul Penamatan Perkhidmatan, Urusan Persaraan Kerana Mencapai
     Umur 55/56/58 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan
     dan Kematian Dalam Perkhidmatan - Surat Pekeliling
     Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2010

Adalah menjadi harapan agar semua warga POLIMAS dapat menggunakan aplikasi ini dengan jayanya. Ini bertepatan dengan konsep e-goverment yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi tahap sistem penyampaian kerajaan ke arah yang cemerlang.

Sekian, terima kasih

PENTADBIR HRMIS POLIMAS