Tuesday, October 12, 2010

MEMO ANTARA BAHAGIAN / JABATAN

Daripada :
Pegawai Eksekutif Tertinggi POLIMAS
Kepada :
1. Semua Ketua Jabatan / Ketua Unit POLIMAS
2. Semua Pensyarah / Staf Sokongan POLIMAS
Tarikh :
25 Syawal 1431H /  4 Oktober 2010
Rujukan :
POLIMAS/PENT/R/30/023
Salinan
1. Pengarah POLIMAS
2. Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS
3. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik POLIMAS
Perkara :
PELAKSANAAN PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) DI POLIMAS


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2005 yang bertajuk ”Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia”.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) akan melaksanakan penggunaan aplikasi-aplikasi HRMIS. Antara aplikasi-aplikasi yang terlibat adalah seperti berikut :-

2.1       Modul Pengurusan Rekod Peribadi – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007
2.2       Modul Pengurusan Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, Submodul Pengurusan Cuti – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2010
2.3       Modul Pengurusan Rekod Peribadi, Submodul Perisytiharan Harta – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2008
2.4       Modul Penamatan Perkhidmatan, Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55/56/58 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan – Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2010

3.         Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) ini boleh dicapai di laman berikut, https://hrmis.eghrmis.gov.my. Laman ini boleh dicapai dengan talian yang mempunyai sambungan dengan egnet sahaja.

4.         ID Pengguna adalah Nombor Kad Pengenalan pengguna. Bagi pengguna yang pertama kali memasuki sistem ini hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan di bahagian kata laluan. Selepas itu, tukar kata laluan kepada kata laluan sendiri. Bagi pengguna yang ID belum wujud atau sudah mempunyai kata laluan tetapi lupa atau kata laluan disekat hendaklah menghubungi pentadbir HRMIS. Permintaan untuk set semula kata laluan atau pembukaan sekatan hanya terhad kepada 3 kali sahaja. Setiap permohonan akan direkod.

5.         Oleh yang demikian, semua pensyarah dan staf sokongan diwajibkan :-

5.1      Mengemaskini Profil Peribadi jika terdapat sebarang perubahan maklumat termasuk memuatnaik gambar.
5.2       Mengambil Cuti Rehat menggunakan HRMIS, manakala bagi urusan Cuti Sakit, Cuti Ganti dan Cuti Tanpa Rekod adalah tidak berubah.
5.3       Mengisytiharkan Harta menggunakan HRMIS.
5.4      Melengkap urusan-urusan yang berkaitan untuk tujuan pelaksanaan Persaraan Wajib dan Pilihan dengan menggunakan HRMIS
5.5      Menyemak Maklumat Profil Perkhidmatan masing-masing agar sentiasa betul. Jika tidak betul atau rekod belum wujud sila hubungi pentadbir HRMIS atau PT Jabatan masing-masing.

6.         Sebarang panduan dan rujukan berkaitan urusan di para 5.1 hingga 5.5 boleh didapati di Unit Pentadbiran POLIMAS atau berjumpa dengan PT Jabatan masing-masing. Sebarang masalah sila hubungi pegawai-pegawai berikut :-

            6.1       En. Zamri bin Ramli (04-9146324) (Pentadbir HRMIS)
            6.2       En. Muhammad Hanif Fadhli b Mohd Rozi (04-9146106)
(Pentadbir HRMIS)
            6.3       En. Azizy bin Abdullah (04-9146113) (Pentadbir HRMIS)
            6.4       En. Fazil bin Baharom (04-9146165)
                        (Pentadbir Cuti HRMIS)
            6.5       En. Fairuz Zaki bin Ilias (04-9146129) (Teknikal)

7.         Sehubungan dengan itu, pelaksanaan pengguna aplikasi-aplikasi HRMIS yang berkaitan adalah berkuatkuasa mulai 1 November 2010 dan sebarang perubahan berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,


Unit HRMIS
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Tel : 04-9146106/6113/6129/6324

No comments:

Post a Comment