Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat pihak kami merealisasikan hasrat menubuhkan sebuah blog untuk perkongsian informasi bersama mengenai Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (Human Resources Management Information System - HRMIS). Berikut penyiaran Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2005 yang menerangkan tentang Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia di semua agensi sektor awam. Untuk keterangan lanjut mengenai sejarah penubuhan, langkah-langkah, fasa-fasa dan lain-lain lagi berkaitan HRMIS, tuan/puan boleh merujuk kepada pekeliling yang dinyatakan.
Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) pelaksanaan HRMIS bermula secara aktif pada tahun 2009 melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel mengenai pentadbiran sistem yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Unit HRMIS. Mulai 1 November 2010, POLIMAS akan melaksanakan penggunaan Aplikasi HRMIS kepada semua pensyarah dan staf sokongan. Antara modul-modul perintis yang akan dilaksanakan penggunaannya adalah :-
i) Modul Pengurusan Rekod Peribadi - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007
ii) Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, Submodul Pengurusan
Cuti - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2010
iii) Modul Pengurusan Rekod Peribadi, Submodul Perisytiharan Harta
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2008
iv) Modul Penamatan Perkhidmatan, Urusan Persaraan Kerana Mencapai
Umur 55/56/58 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan
dan Kematian Dalam Perkhidmatan - Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2010
Adalah menjadi harapan agar semua warga POLIMAS dapat menggunakan aplikasi ini dengan jayanya. Ini bertepatan dengan konsep e-goverment yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi tahap sistem penyampaian kerajaan ke arah yang cemerlang.
Sekian, terima kasih
PENTADBIR HRMIS POLIMAS
No comments:
Post a Comment